Friday, 24 May 2013

Bahana Saka: Uji Diri Dan Ketahui Cara Mengatasi Menurut Islam



Assalamualaikum w.b.t


Agak beratnya hati saya nak bercerita pasal saka ni. Tapi, baru-baru ni ada terdengar pelbagai ceramah tentang saka, jadi saya rasa saya nak kongsi sesuatu dengan semua pembaca sekalian.


Betul kita tak pasti bagaimana rupa asalnya, tapi dengan kaedah-kaedah tertentu kita boleh tau kehadiran benda yang tak di sangka-sangka ini di sekitar kita. 


Mungkin ada yang tersengih sampai nampak seluruh gigi kerana memikirkan betapa aktiviti bomoh dan pawang semua tidak lagi relevan dalam kehidupan yang penuh moden hari ni.



Contohlah kan. Fikir saja lelaki yang kaya di samping kereta ferrari, tetiba ada satu makhluk bukan manusia sebagai 'pendamping yang banyak membantu'... dah macam satu lawak. Itupun kalau mampu kita lihat dari dunia zahir.



Ferrari Dan Saka? 
Tapi, dah nama ghaib, sure-sure kita 
takkan nampak sebab ia makhluk di luar daya penglihatan kita sebagai manusia.



Sebelum kita melihat ia sebagai sesuatu lawak besar, harus kita semua ingat bahawa sebagai muslim, mempercayai perkara-perkara ghaib adalah perkara wajib. Malah sebahagian daripada 6 rukun iman kita.


Siapalah orang yang kolot itu masih menggunakan makhluk halus sebagai pembantu? Walhal kita semua memiliki Tuhan yang Maha Kuasa? Kenapa perlu bermain dengan hal-hal yang membawa seseorang syirik kepada Allah? 


Memiliki Saka Secara Sedar Atau Tidak

Jangan fikir dalam negara yang sedang membangun seperti negara kita Malaysia tidak ada lagi pengamal dengan perkara-perkara syirik. Kerana, saka masih boleh wujud pada seseorang tanpa kerelaan seseorang.


Bagaimana Tanpa Kerelaan?

Saka cuma istilah yang di gunakan oleh orang-orang Melayu, ataupun sebenarnya ia adalah di kalangan makhluk jin.


Saka seperti yang di beritahu kebanyakan pengamal perubatan Islam mengikut sunnah dan al-Quran sebenarnya banyak digunakan oleh orang-orang Melayu lama dulu.


Diorang guna saka untuk jadi kebal, untuk tujuan dapat kehebatan yang di luar fitrah manusia biasa, untuk ilmu perubatan yang aneh dan lain-lain lagi.


Tapi, tindakan mereka ini akhirnya membuatkan anak cucu mereka pulak yang mengambil alih saka itu setelah mereka semua meninggal dunia. 

Saka boleh di warisi secara paksa, atau tanpa di sedari seseorang yang telah pun menggantikan nenek moyang yang dahulunya mengambil saka.


Malah ia akan berterus-terusan di turunkan kepada cucu cicit sehingga ke beberapa generasi demi generasi.


Bahaya Saka

Saka yang mendampingi seseorang manusia itu berbeza mengikut tujuan asal ia di seru. Ada yang di katakan jin Islam, ada yang digunakan sebagai penjaga dan sebagainya.


Walau apa sekalipun jenis saka yang digunakan, ia 100% adalah amalan syirik yang mana merupakan salah satu dosa besar yang hanya akan di ampunkan Allah seandainya berusaha membuang saka dan bertaubat.


Ada Yang Tertanya-Tanya Seandainya Diri Mempunyai Saka Atau Tak?

Untuk menguji sama ada dalam badan korang ada dampingan saka atau tidak, boleh di uji dengan ayat-ayat ruqyah di dalam video di bawah. 


Seandai ada tanda-tanda seperti yang tertera pada caption video ni, adalah di sarankan untuk dapatkan rawatan dari pakar pengamal perubatan yang di percayai.


Ayat-ayat ruqyah sebenarnya adalah ayat-ayat terpilih dari al-Quran yang biasanya di gunakan untuk menghalau gangguan-gangguan saka.



uji diri dengan ayat-ayat ruqyah


Doa Untuk Mengatasi Saka




#Bahana saka... Tak ada apa yang dapat dari memiliki makhluk pembantu dari kalangan jinn melainkan hanyalah membawa kepada mudharat. Apa-apa pertolongan sewajarnya dengan bergantung kepada Allah. Allah Maha Kuasa, Dia Maha Penolong, Dia Maha Mengasihani.


#Alasan untuk dapatkan sesuatu lebih cepat dari makhluk jin, tak sepatutnya berlaku di kalangan kita sebagai melayu, apatah lagi bila majoritinya adalah Islam.




Wassalam....





2 comments:

  1. mudah2an dijauhkan drp keluarga kita, aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan la kan umi alya... Amin :))

      Delete

Hai Dear~!
Lakarkan komen, kritik, atau pujhian anda di sini tau.
Let me aware of your existance kay? ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...