Saturday, 8 September 2012

Pecah Tembelang: Makan banyak, berat badan tak naik~!



Assalamualaikum dan bertemu lagi kita di entry terbaru~ :)






Untuk pengetahuan DearRy...


Tajuk entry hari ini aku sendiri yang pilih...


Aku sendiri yang menaipnya sampai ke sudah dan...


Ia berakhir dengan aku sendiri jadi iri hati setiap kali aku membacanya...

Berulang-ulang kali membaca tajuk ini, perasaan cemburu tak pulak berkurang, malah ia semakin menebal di dalam hati~




Ada jugak di kalangan kita, walaupun selera besar...



macam ni...



dan mungkin macam ini...





Tapi, berat badan tetap maintain~!




Tak dapat di nafikan ada sesetengah di kalangan kita mempunyai keistimewaan dengan memiliki berat badan yang ideal tanpa perlu risau jumlah pengambilan kalori secara berlebihan setiap hari. Di pendekkan cerita... 


Biarpun nasi berpinggan-pinggan menjadi santapan, 

Biarpun  5 ke 6 kali sehari mengadap makanan berat atau
makanan laju, badan still ok...




Tak gemuk. 





Tak berat.



Dan Tak Boolat.





Makanan laju atau dalam bahasa omputehnya ialah ‘fast-food’. Contoh-contoh fast-food ialah seperti set makanan dari KFC, McDonald, dan Burger King. Aku yakin DearRy lebih arif dalam bab 'fast-food' berbanding aku. Sebab aku jarang mengambil makanan seperti ini. Bukan sebab health concern sangat, tapi sebab aku ini sebenarnya ialah...



 kipas-susah-nak-hidup 
tanpa makanan daripada masakan Melayu



Aku rasa ia di terjemahkan sebagai makanan laju daripada warga barat kerana penyediaannya yang laju dan tangkas. Malah membuatkan kita sendiri makan laju-laju sebab sedap sangat. Tak sampai berapa minit pinggan di depan mata licin berkilat (mungkin juga dengan berisi tulang-temulang yang putih bersih). Sehinggakan kita sendiri kadang-kadang boleh tertanya-tanya...


“Siapa pulak yang gatal tangan ambil makanan aku ni..?!”
 menggeleng aku di buatnya.




DearRy, alasan utama kenapa aku memilih tajuk untuk entry kali ini ialah bermula dengan sangkaan umi terhadap aku. Sangkaan yang macam mana? Jom terus membaca kisah pendek di bawah.



Sementara menunggu graduation day di rumah, aku jarang keluar berjalan atau bergerak jika nak dibandingkan ketika berada di campus sebelum ini. 


Sebulan di kampung halaman, waktu makan aku di rumah terjaga rapi. Boleh masak bila-bila aku suka, dan bila-bila masa perut berbunyi. Malah bertambah pulak amount makanan dari kebiasaan aku di campus.  


Namun, umi sekarang mula risau dan bising kerana tidak nampak sedikit perubahan pun pada berat badan aku (kata umilah). Sehinggakan berkali-kali menggesa (atau lebih tepat memaksa) aku ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Atau mungkin perlu berjumpa pakar! Umi ni... huu~ :'(



Aku tak boleh salahkan umi risau pasal aku, di tambah pulak baru-baru ini kakak sepupu aku disahkan mengidap hyperthyroidism. Sila klik hyperthyroidism untuk mengetahui apa jenis penyakit yang dimaksudkan? 


Dari sedikit ilmu yang aku yang aku ada, penyakit ini berkait tentang metabolism badan pesakit lebih tinggi berbanding manusia normal. Secara ringkasnya, aktiviti di thyroid gland menjadi rancak dan terlalu aktif.



...Inilah salah satu sebab utama kenapa seseorang tetap kurus walaupun makan secara berlebihan...



Untuk pengetahuan DearRy, aku mempunyai beberapa kenalan yang berkebarangkalian menghadapi masalah yang sama seperti pesakit yang mengidap hyperthyroidism. Makan hari-hari macam orang lain, badan tetap kurus. Kadang-kadang boleh turun tanpa sebab. Kalau dia orang skip makan? Aku rasa DearRy tau macam mana jadinya.


Bukan itu sahaja, malah terpaksa bertungkus lumus mengawal penurunan berat badan dengan men’double’kan jumlah kalori harian daripada biasa. Ada jugak yang membeli minuman protein (yang harganya boleh juling mata melihat) semata-mata untuk menambah otot-otot di badan.




Tapi, kerap jugak rungutan-rungutan kedengaran seperti...

  • Adoi, aku makan ciput je... badan boleh naik berkilo-kilo!



  • Aku dah puasa berbulan-bulan, turun berat badan tak sampai setengah kilo... macam mana nak kurus ni...?

kenapa berat tak turun-turun?




Situasi sebegini berlaku kerana masalah metabolism badan yang rendah. Bertentanganlah kisahnya dengan hyperthyroidism yang aku sebutkan di atas. Aku secara jujur tak adalah untuk mempromosikan produk menguruskan badan, tapi kalau ingin mengetahui serba sedikit cara-cara untuk menaikkan metabolism badan, boleh cuba klik di laman ini ya DearRy.


Sehingga kini aku tak pasti sama ada ‘fenomena badan tetap kurus walaupun satu periuk nasi boleh habis’ itu satu keistimewaan? Ataukah satu kekurangan? 



Beralih pulak kepada al-kisahnya hidup aku...
Tentang komen sesetengah orang...

"ke mana banyak-banyak makanan yang kau makan tu pergi?",

"relax betul kau makan kan...", atau 

"bestnya boleh makan, tak payah risau pening berat naik..."


Relax? Tak Pening? Pandai-pandai je kan~~ Awal-awal bermula penurunan berat badan, boleh kata derita lama jugak aku ni.


Kalau DearRy pernah baca di tajuk entry: (klik di sini) Apa Salahnya Chubby?  DearRy mesti tau aku pernah dapat turunkan berat badan sebanyak hampir 20kg. Tapi, bukan dalam tempoh yang singkat. Bukan secara mendadak. Lama aku ambil masa untuk tiba ke tahap itu...


Macam mana pulak tu? Sebenarnya, untuk mendapat berat badan ideal aku pernah mengamalkan diet yang tak berapa sihat. Di bawah adalah rentetan kisah berdiet yang aku lalui...


1. Di sekolah menengah.

Aku pernah tak sentuh makanan berat selama dua bulan sewaktu pernah tinggal di hostel time sekolah menengah. Di situlah bermula zaman turunnya berat badan. Boleh tahan ketaranya. Tetapi, bila balik rumah... Berat badan boleh naik mencanak-canak semula. Terpaksa turunkan balik setiap kali balik hostel. Biasanya penurunan berat juga boleh berlaku secara mendadak. Tak tipu, penat sungguh melalui proses diet.


2. Bila habis sekolah menengah.

Berat badan menaik, tapi masih di peringkat BMI yang normal. (Apa itu BMI? Macam mana nak kira? Apakah nilai-nilai yang diklasifikasikan pada tahap ideal? Bolehlah click di BMI Calculator pulak). 

Tapi, dalam masa yang sama aku sedar yang aku menuju ke arah “Beratnya badan aku..!!”


3. Awal-awal berada dicampus. 

Bila mula melangkah di campus, makin beriya-iya nak menurunkan berat badan. Target aku waktu itu ialah 45kg. Boleh ke aku ni?? Alhamdulillah, aku mencapai target. Malah pernah kurang dari apa yang aku targetkan. 43kg.


Ibaratnya puas hatilah bila dapat turunkan berat dalam masa yang agak singkat jika nak dibandingkan waktu aku mula-mula menjinak diri dalam dunia diet yang tak sihat ni. Tapi, kepuasan itu lenyap terus bila....


“Apasal kurus sangat? Dah macam hantu jerangkung dalam almari... Ish, tak nak la macam ni...”
Apa? Jerangkung? Dalam almari?! Bagus betul bf seorang ni...




“Ei... kenapa mu ni? Kurus keding... skeleton... skeleton...”
Ces didi ni... masa kecik kutuk aku gemuk. 
Aku dah kurus pun kena kutuk jugak ke?  




Ada pulak sebahagian famili aku bergurau... “Ambil da*** ke apa sampai kurus macam ni?” Huu~ Sampai hati bergurau kasar dengan aku. 



So, bila aku mula perhatikan diri aku. Betul jugak cakap-cakap dia orang ni... Aku kelihatan pelik dengan kurus yang macam tu. Tulang tersembul sana-sini. Nak duduk kat lantai dah kena lapik. Sekali tulang berlaga kasar dengan lantai, meng‘aduh-aduh’ aku di buatnya.



Orang yang baru kenal aku sure takkan perasan sangat perubahan berat badan seperti family aku dan beberapa kawan lamaku perasan .



Ada beberapa yang aku nak kongsikan dengan DearRy, masa berdiet untuk capai berat badan target... Semangat dan jiwa raga berkobar-kobar. 

Kental semangat walaupun orang datang pada aku, di tayang-tayangnya kelazatan menikmati ayam panggang madu. 

Teguhnya semangat berdiet, walaupun beberapa orang cuba menggoda aku dengan makanan-kegemaran-sepanjang-hidup aku sebelum ini.


*Aku pernah ceritakan bagaimana besarnya pengaruh makanan kegemaran yang satu ni,  di entry terdahulu: (klik di sini) Freaky Eater, Si Tukang Masak. 




Tapi kan... bila dah mencapai target... Malah, lagi kurang dari target berat asal... Aku jadi tertanya-tanya pulak. Macam mana aku lepas ni? Aku dah terbiasa berdiet keras. Banyak mana kuantiti makanan yang harus aku ambil? Dengan harapan aku tak perlu terlalu kurus atau terlalu gemuk seperti dulu.


Jadi, aku mulakan makan berat balik dalam kuantiti  yang sedikit. 
(Tak ada kenaikan pun~ Tetap kurang je aku tengok) 



Aku tambah lagi jumlah makanan... 
(Ada naik, tapi tak banyak sangat jugak)


Aku tambah dan tambah jumlah makanan lagi... 
(Ha, naik...!)




For the first time... 
after 24years in my life, 
I was so happy with the weight increment! 



Dah terbalik pulak dari niat asal...
(-.-")



Dan selepas itu, tragedy turun-naik berat badan masih berlaku. Cuma aku tak lagi berdiet sakan seperti dulu... Kalau tiba di 50kg, aku ambil inisiatif segera kurangkan 2 ke 3kg tanpa perlu over. Risau jadi jerangkung semula! Pernah juga lebih 50kg. Seboleh-boleh aku perlu kurang dari 55kg dengan ketinggian 158cm ni.



Dengan itu... barangsiapa yang merasakan aku makan banyak, tapi badan tak naik-naik ni, sebenarnya hanyalah mitos semata-mata. Memang naik. Dan berat masih mahu naik walaupun aku tak pernah suruh. Tapi, ada masa-masa “tersembunyi” aku akan elak dari makan besar untuk kurangkan jumlah pengambilan untuk sehari. Hiks~!



Apa pun, sebagai kesimpulan penamat... Kebolehan setiap badan manusia dalam menyesuaikan kepada sesuatu perubahan jelasnya tak akan sama 100%. Terbukti hebatnya ciptaan Allah yang Maha Agung.


Perbezaan di kalangan makhluk-makluk bukanlah untuk membandingkan kebaikan dan keburukan semata-mata. Tetapi supaya kita mengambil iktibar dan pengajaran dari kepayahan yang orang lain alami. Dan menjadikan semangat dan panduan untuk mencapai sesuatu kelebihan yang ada pada orang lain. Mungkin tak sepenuhnya dapat mencapai seperti orang lain, tetapi at least kita berusaha!


Sama-samalah kita mensyukuri apa jua nikmat dan yang telah Allah kurniakan kepada kita sehingga saat ini... :) InsyaAllah.



bulat itu comel~ (>_<)


Soal kurus atau gemuk tidak seharusnya dititikberatkan.
Bila seseorang meletakkan kesihatan baik sebagai tujuan utama, secara tak langsung membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
InsyaAllah. 


Tamat sudah untuk entry hari ini.
Jangan lupa temu janji di akan datang!
Trust me. I won’t cheat on you.



Bye DearRy
Wassalam
:)




4 comments:

  1. Kawan kawan selalu cakap macam tu dengan fie, makan banyak tapi badan melidi. nak buat macam mana, tinggi nie yang menyebabkan badan naik pun tak nampak. Fie tinggi 165 berat 53kg sekarang. ingat nak turun hingga 47kg macam tu. Huhu

    ReplyDelete
  2. Hehe... jem kan kalau mcm ni. Seriously, sbnrnya tak ada la nk kurus sgt.Perasaan tak best kalau gemuk. Lagi tak best kalau kurus sgt. Kalau fit lg bgus. Hiks. Macam-macam. Kalau fit tak bagus pulak, kemudian baru fikir. ;)

    ReplyDelete
  3. nak tips mcm mane boleh naek badan balik boleh tak? kalo boleh bagitau bape lame amek mase utk naik balik dan makan ape..huhu

    ReplyDelete
  4. yang makan ciput tp naik berkilo-kilo tu akak la tu... tak boleh terlebih sikkt makan...hehe

    ReplyDelete

Hai Dear~!
Lakarkan komen, kritik, atau pujhian anda di sini tau.
Let me aware of your existance kay? ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...